Selalu juga kita
ada dengar orang kata ‘Rumahku
syurga ku’.Perumpamaan ini tidak lekang dan selalu didengar
dimana mana.Ianya seolah olah satu pesanan yang ingin disampaikan oleh sesiapa
yang menganggab rumah adalah satu nikmat yang membawa kecerian dan kegembiraan
pada mereka sejak mereka lahir.Tetapi adakah ungkapan itu digunakan oleh semua
manusia.Adakah ungkapan ini hanya untuk mereka yang gembira dalam kehidupan
mereka,bagaimana pula dengan nasib mereka yang tidak bernasib baik.Adakah
mereka tahu dan dapat merasa ungkapan tersebut.Adakah mereka akan merasa bila
tiba masanya nanti.Adalah mereka yang bernasib baik itu terfikir bahawa ada
manusia yang tidak dapat langsung merasa kesemua itu sejak lahir lagi.Mungkin
sahaja tidak,mereka meneruskan kehidupan mereka dengan gembiranya.
Ingin sekali ku
merasa perjalanan mereka melalui kehidupan mereka.Terukir senyuman apabila
pulang ke rumah selepas sekolah,menyambut cuti sekolah yang panjang di
rumah,berlari keriangan di sekitar rumah,menghias rumah semasa musim perayaan
dengan meriah,duduk dan bersantai dengan tenang dan banyak lagi .Tetapi adakah
ini akan berlaku suatu hari nanti,Sekiranya ia memang takdir dan ujian yang aku
harus tempuh tidak mengapa,aku redha dan pasrah akannya.Lalui kehidupan dengan
gembira.Walaupun sejak kecil aku tak pernah melalui saat itu,aku tidak pernah
putus harapan untuk meneruskan kehidupan. Lalui kehidupan dengan gembira.Sentiasa
bersabar dan jangan sesekali berhenti berharap kepadaNYA.. :-D

