Pesananku

Kenapa kita selalu macam ni..sedih berpanjangan tetapi kita tidak tengok sekeliling kita rupanya bahagia itu ada semua itu..

27 May 2013

Rumah ku HANYa di Atas saNA









Selalu juga kita ada dengar orang kata  Rumahku syurga ku.Perumpamaan ini tidak lekang dan selalu didengar dimana mana.Ianya seolah olah satu pesanan yang ingin disampaikan oleh sesiapa yang menganggab rumah adalah satu nikmat yang membawa kecerian dan kegembiraan pada mereka sejak mereka lahir.Tetapi adakah ungkapan itu digunakan oleh semua manusia.Adakah ungkapan ini hanya untuk mereka yang gembira dalam kehidupan mereka,bagaimana pula dengan nasib mereka yang tidak bernasib baik.Adakah mereka tahu dan dapat merasa ungkapan tersebut.Adakah mereka akan merasa bila tiba masanya nanti.Adalah mereka yang bernasib baik itu terfikir bahawa ada manusia yang tidak dapat langsung merasa kesemua itu sejak lahir lagi.Mungkin sahaja tidak,mereka meneruskan kehidupan mereka dengan gembiranya.

Ingin sekali ku merasa perjalanan mereka melalui kehidupan mereka.Terukir senyuman apabila pulang ke rumah selepas sekolah,menyambut cuti sekolah yang panjang di rumah,berlari keriangan di sekitar rumah,menghias rumah semasa musim perayaan dengan meriah,duduk dan bersantai dengan tenang dan banyak lagi .Tetapi adakah ini akan berlaku suatu hari nanti,Sekiranya ia memang takdir dan ujian yang aku harus tempuh tidak mengapa,aku redha dan pasrah akannya.Lalui kehidupan dengan gembira.Walaupun sejak kecil aku tak pernah melalui saat itu,aku tidak pernah putus harapan untuk meneruskan kehidupan. Lalui kehidupan dengan gembira.Sentiasa bersabar dan jangan sesekali berhenti berharap kepadaNYA.. :-D

Air MaTa SNOw

Siapakah yang berhak menjadi tempat mengadu ketika aku sedang dilanda kegelisahan,kesempitan,kesulitan dan kesedihan?Kepada siapakah aku harus memohon pertolongan ? Siapakah yang layak menjadi tempat bergantung memohon,meminta dan meratap semua makhluk?Tidak lain,adalah hanya Allah yang tiada Tuhan selain Dia....